Friday 23 December 2011

Lazatkah Maksiat??

Assalamualaikum wbt…
Ini adalah artikel terbaru yang saya dapat daripada majalah solusi…
Terdapat banyak cerita yang menarik dan boleh dijadikan tauladan…
Diharapkan pembaca terhibur dengan cerita yang dipaparkan…

Lazatkah Maksiat?


Lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakkan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat ? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya. Tika itu, masih lazatkah jiwa ?

Kehidupan seharian kita tidak aka lari daripada dua perkara, sama ada berada dalam maksiat atau taat.

Apabila Rasulullah S.A.W menyebut tentang “halawah al-iman” (kemanisan iman), fahamlah kita bahawa iman itu manis. Taat kepada Allah itu manis. Melakukan perkara-perkara yang mendekatkan diri dengan Allah itu manis. Membaca al-Quran, solat berjemaah, menghadiri majlis ilmu, qiamullail dan sebagainya, semua itu manis. Namun, kenapa sukar benar merasai kemanisan ini ? Mungkin kerana hati kita sedang berlazat-lazat dengan maksiat hinggakan maksiat itu terasa manis. Maka, hilanglah lazat dalam ketaatan. Bahkan ketaatan terasa tawar dan pahit. Taan dan maksiat takkan bertemu dalam situasi hati yang sama. Persoalannya, lazat sangatkah maksiat sehingga kebanyakkan kita lebih sanggup memilih maksiat berbanding taat ? Terlalu banyak akibat maksiat yang akan menekan kita setelah melakukannya. Tika itu, masih lazatkah jiwa ? Mari kita telusuri beberapa akibat maksiat…

Tidak Memberi Cahaya Dalam Hidup


Usia remaja seharusnya difokuskan untuk mempersiapkan diri dengan ilmu bersungguh-sungguh. Seterusnya, proses menuntut ilmu itu berterusan sehingga ke liang lahad. Namun, jika hidup disibukkan dengan maksiat, masih adakah ruang untuk ilmu melekat ? Mungkin ada yang keliru, “Kenapa ada kawan saya ni nampak enjoy je selalu, tapi bila peperiksaan dapat cemerlang juga ?” Banyak tafsiran yang boleh dibuat daripada situasi ini. Remaja itu mungkin tidak Nampak bila kawannya belajar. Menjadi sunnatullah, sesiapa yang berusaha dia akan dapat. Walaubagaimanapun, sesiapa yang berusaha mendapatkan ilmu dalam keadaan diri bergelumang maksiat, ilmu itu tidak akan memberi cahaya dalam hidupnya untuk mencapai kedudukan yang mulia di sisi Allah sama ada di dunia ataupun akhirat…

Kalau betul pun kawannya cemerlang tanpa belajar malah sibuk dengan maksiat lagi, maka haruslah difahami bahawa itu nasibnya ketika itu sahaja. Sikap itu tidak akan menjamin kejayaannya pada masa-masa akan datang. Sijil yang bakal digenggamnya hanya melambangkan ilmunya sekadar teori tanpa kualiti. Tidak akan ada berkat. Tidak akan ke mana-mana. Jadi kenapa remaja harus memilih untuk meniru maksiatnya ? Apakah perlu untuk cemerlang sepertinya dengan melakukan maksiat ? Sah, kena tipu dek syaitan ! Imam al-Syafi’I pernah mengadu kepada gurunya Waki’ mengenai hafalannya yang terjejas. Waki’ lantas menasihatkannya, “Tinggalkan maksiat.”


Disempitkan Hidup


Sama ada kita kaya atau miskin, jika kita suka berlazat dengan maksiat, hidup akan tersempit. Wahai remaja, adakah anda melihat seorang pemimpin berwibawa yang skandal seksnya terbongkar itu tenang hidupnya ? Adakah si miskin yang mencari rezeki dengan mencuri itu tenang hidupnya ? Adakah artis terkenal yang bebas berkepit dengan mana-mana pasangan iti tenang hidupnya ?

Tidak ! Tidak ! Jiwa mereka akan jatuh miskin kerana maksiat. Jiwa mereka gersang. Yang ada hanyalah kerisauan dan kesepian hati. Jika tujuh gunung emas dibentangkan di hadapannya, ia takkan mampu menjadi penawar terhadap kebimbangannya akibat daripada maksiat. Bukan sahaja Allah akan menghukum, malah di dunia lagi masyarakat akan menghukumnya. Tekanan akan lebih membunuh jiwanya apabila ditikam perasaan terasing. Lebih-lebih lagi apabila keluarga dan kawan baik mula menjauhkan diri daripadanya. Dia tentu bertambah sukar menghindari maksiat malah mungkin mencari penyelesaian dengan maksiat baru pula…

Maksiat itu bukan sahaja menyempitkan jiwa malah menyempitkan harta. Dalam Musnad Imam Ahmad diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya seorang hamba tidak akan mendapat rezeki kerana dosa yang dilakukannya. “…

Jelas, ketaatan itu melimpahkan kekayaan, sebaliknya maksiat mendorong kepada kefakiran jiwa dan harta. Bukan itu sahaja, penggemar maksiat akan menemui kesulitan dalam urusannya dan jalan buntu dalam banyak perkara…

Siapa ORANG yang Allah SWT cintai??


1. Orang yang Bertaqwa...
2. Orang yang cepat-cepat Bertaubat...
3. Orang yang Adil...
4. Orang yang Bertawakal...
5. Orang yang berbuat Kebaikan...
6. Orang yang Berjuang pada Jalan Allah SWT...

Sekian sahaja daripada hamba Allah yang kerdil ini…
Semoga kita mngambil iktibar daripada semua ini…
Bittaufiq Wannajah…Innallahama’na
Assalamualaikum wbt…

No comments:

Post a Comment